Laman Utama

PENGENALAN


Morifa Resources membekalkan peralatan serta jentera bagi sektor pertanian dan penternakan dan juga industri asas tani. Selain itu, kami juga adalah merupakan pembekal bagi pelbagai jenis baja tanaman organik, bio-organik, kompos, perapi tanah seperti zeolite, pembasmi penyakit organik untuk tanaman dan juga benih serta bongkah cendawan tiram kelabu siap matang.

Morifa Resources juga turut mempunyai kepakaran dalam pembinaan bengkel dan jalan ladang, rumah tanaman dan makmal cendawan, kandang kambing serta rumah burung walit yang dilengkapi dengan sistem teknikal yang berkesan.

Morifa Resources juga menyediakan perkhidmatan mencuci bangunan dan kawasan, pengindahan kawasan dan jalan serta pembinaan lanskap dan senitaman. Kami juga mengeluarkan dan memasarkan produk pencuci sendiri dengan jenama Morifa yang berkualiti dan berkesan serta mampu menandingi lain-lain jenama di pasaran.

Dalam usaha mempelbagaikan urusniaganya, Morifa Resources juga membekalkan baju kemeja-t, pakaian seragam, peralatan sukan, hadiah dan cenderamata korporat yang beraneka jenis. Kami juga turut menawarkan perkhidmatan serta kepakaran dalam pengurusan acara, pengelolaan kursus serta bengkel, juruperunding pembangunan pelancongan-agro dan juga katering.

Morifa Resources adalah perniagaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan merupakan salah satu pembekal berdaftar untuk E-Perolehan serta memiliki status perniagaan 100% bumiputera.


MISI KAMI
 

Bagi memastikan bahawa perniagaan kami mampu bersaing di pasaran, kami berazam menjadikan Morifa Resources sebagai sebuah badan perniagaan yang menjalankan perniagaannya selaras dengan misi yang digariskan seperti berikut:

  • Menyediakan perkhidmatan dengan mengutamakan kepuasan pelanggan dan sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan
  • Memastikan bahawa kesemua produk yang dibekalkan menepati piawai dan berkualiti
  • Melaksanakan urusniaga secara telus, profesional dan menepati masa
  • Menyumbang ke arah memperkukuhkan kedudukan kewangan perniagaan

VISI KAMI

Morifa Resources berhasrat untuk menjadi sebuah badan perniagaan milik bumiputera yang mempunyai daya saing yang tinggi dan diuruskan secara profesional untuk setiap urusniaganya yang akan dicapai melalui pengurusan yang efisyen, cekap dan dedikasi bagi memastikan peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan dan komited ke arah kecemerlangan.


NILAI KAMI

Kepuasan pelanggan amat dititikberatkan melalui pembekalan produk-produk berkualiti serta penyediaan perkhidmatan yang unggul. Kami menguruskan perniagaan dengan berteraskan prinsip serta etika kerja yang profesional. Morifa Resources komited untuk melaksanakan perniagaan secara telus, cekap dan memenuhi permintaan pelanggannya dengan:


  • Memahami kehendak pelanggan
  • Menawarkan harga yang kompetitif
  • Menepati masa dalam setiap urusniaga
  • Memastikan produk yang dibekalkan menepati piawai dan bermutu
  • Memberikan khidmat selepas jualan
  • Menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan
  • Mempertingkatkan kemampuan serta daya saing secara sihat

Mengenai Kami

LATARBELAKANG


Morifa Resources merupakan badan perniagaan 100% milik bumiputera yang terlibat dalam perdagangan serta perkhidmatan dalam pelbagai sektor. Pengurusan Morifa Resources terdiri daripada individu yang berpengalaman luas dan komited untuk memastikan setiap urusniaga yang dilaksanakan menyumbang ke arah kecemerlangan. Kepuasan pelanggan diutamakan dan usaha sentiasa dipertingkatkan bagi menambah mutu produk dan juga prestasi perkhidmatan.



PROPRIETOR


Faradina Faroque

Puan Faradina Faroque adalah merupakan seorang usahawan gigih yang sentiasa berusaha mengembangkan perniagaannya di dalam pelbagai bidang. Beliau memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dengan membuat serta memasarkan beraneka jenis kuih-muih dan juga menyediakan khidmat penyediaan pelbagai jenis hantaran untuk majlis-majlis perkahwinan. Puan Faradina Faroque juga mempunyai pengalaman yang luas di dalam pengurusan acara dan pentadbiran perniagaan.


Keinginannya untuk terus mengembangkan perniagaan telah membuatkan beliau menubuhkan Morifa Resources. Melalui penubuhan Morifa Resources, pelbagai bidang lain turut diberi penekanan bagi memperluaskan potensi perniagaan. Justeru itu, beliau telah mengatur perancangan serta strategi bagi memastikan Morifa Resources mempunyai daya saing yang tinggi serta mampu memberi kepuasan kepada setiap pelanggannya.

Selaku pemilik, beliau bertanggungjawab ke atas keseluruhan pentadbiran perniagaan dan operasi Morifa Resources. Beliau juga bertanggungjawab di dalam mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang wajar diceburi oleh Morifa Resources dan turut membantu di dalam memasarkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Puan Faradina Faroque adalah merupakan usahawan yang mendapatkan bimbingan daripada Amanah Ikhtiar melalui program pembangunan usahawan bagi kaum wanita. Selain itu, beliau adalah seorang yang aktif di dalam membangunkan Koperasi Warga Sekolah Islam Hajjah Salmah (KOWASIS) dan memegang jawatan Setiausaha sejak dari penubuhan koperasi berkenaan pada awal tahun 2009.

Dengan pengalaman serta kegigihannya, Puan Faradina Faroque berhasrat menjadikan Morifa Resources sebagai sebuah badan perniagaan milik penuh bumiputera yang berdaya saing serta diuruskan secara profesional yang mengutamakan kepuasan pelanggan.


PENGURUSAN

Rizal Hamid, Pengurus Pembangunan Bisnes

Encik Rizal Hamid selaku Pengurus Pembangunan Bisnes, Morifa Resources adalah bertanggungjawab di dalam merancang serta melaksanakan strategi bagi membangunkan setiap jenis perniagaan yang diceburi. Selain itu, beliau juga turut terlibat secara langsung di dalam usaha pemasaran bagi memperluaskan lagi urusniaga Morifa Resources.

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Master of Business Administration) daripada Universiti Sains Malaysia yang diperolehi pada tahun 2001. Bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, beliau telah menuntut di United States International University, San Diego, California, Amerika Syarikat dari 1992 hingga 1994 di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pengurusan Hospitaliti dan Pemasaran Pelancongan. Beliau juga adalah merupakan bekas graduan Universiti Teknologi Mara dan telah menamatkan pelajarannya serta memperolehi Diploma Pengurusan Hotel dan Katering pada 1990.

Sebelum menyertai Morifa Resources, Encik Rizal Hamid adalah merupakan seorang penjawat awam di Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Bisnes di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Beliau juga telah berkhidmat di beberapa Bahagian lain di PDC sebelumnya seperti Bahagian Pembangunan Pelancongan dan Bahagian Perindustrian. Beliau juga adalah merupakan Presiden Kelab Sukan PDC dari tahun 2002 hingga 2006 dan telah berjaya melaksanakan pelbagai program dan menambah kemudahan bersukan di PDC.

Semasa di Bahagian Pelancongan, beliau juga adalah merupakan Setiausaha kepada Jawatankuasa Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang. Encik Rizal Hamid turut terlibat secara langsung di dalam projek pembangunan pelancongan agro di Pulau Aman, program homestay di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam dan pelbagai program pembangunan lain di Pulau Pinang. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab di dalam menganjurkan acara-acarapelancongan serta usaha memasarkan industri pelancongan Negeri Pulau Pinang ke pelbagai pasaran antarabangsa seperti di negara-negara Eropah, Asia dan Timur Tengah. Atas jasanya sepanjang di dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan dengan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang pada 2003.

Pada tahun 2003 hingga 2005, Encik Rizal Hamid telah dipinjamkan ke Jerejak Resort & Spa sebagai Pengurus Besar bagi menguruskan operasi serta urusniaga resort berkenaan yang merupakan satu-satunya resort yang dibangunkan di Pulau Jerejak dan menawarkan kemudahan seperti bilik penginapan, kemudahan persidangan, mesyuarat, seminar serta kursus dan juga kemudahan untuk aktiviti “teambuilding”.

Pada tahun 2008, Encik Rizal Hamid telah memilih untuk bersara awal dari perkhidmatan awam bagi menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perniagaan. Atas pengalaman luas yang dimiliki beliau, Encik Rizal Hamid telah dilantik sebagai perunding pembangunan pelancongan oleh Kerajaan Arab Saudi melalui badan pelancongannya iaitu Saudi Commission for Tourism and Antiquities bagi membantu perancangan pembangunan pelancongan di Riyadh dan Buraydah, Al Qassim dari Julai 2009 hingga Mei 2010.

Kini, Encik Rizal Hamid menumpukan sepenuh perhatiannya bagi mengembangkan perniagaan Morifa Resources. Pengalaman serta pengetahuan yang dimiliki Encik Rizal Hamid akan digunakan sepenuhnya bagi memantapkan operasi serta pengurusan Morifa Resources.


Mustaquen Hamid Merican, Pengurus Operasi

Encik Mustaquen Hamid Merican adalah seorang yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang pentadbiran perniagaan dan pengurusan kewangan. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Kewangan dari California State University, Fresno, California, Amerika Syarikat pada tahun 1994. Beliau juga adalah merupakan bekas graduan Universiti Teknologi Mara di mana beliau telah menamatkan pengajiannya dan dianugerahkan dengan Diploma Pengurusan Bank.

Encik Mustaquen memulakan kerjayanya dalam industri perbankan bersama Ban Hin Lee Bank/Southern Bank Berhad di mana beliau telah menimba pelbagai pengalaman luas di dalam bidang kredit, perdagangan kewangan, perbendaharaan dan juga operasi perbankan secara umum. Sepanjang tempoh perkhidmatan, atas kebolehan serta kepakarannya di dalam penganalisaan serta penyelesaian masalah, beliau telah diberi kepercayaan untuk turut terlibat secara langsung di dalam beberapa projek khas seperti mengawal-selia sistem perdagangan kewangan bank, program penggabungan bank, menyediakan rancangan serta strategi menghadapi krisis Y2K dan memberi latihan kepada pekerja mengenai penggunaan sistem bagi mengelakkan sebarang kesilapan.

Encik Mustaquen kemudiannya menyertai Merbok Hilir Berhad sebagai Pengurus Kanan Bahagian Komersial. Sepanjang tempoh 4 tahun bersama Merbok Hilir Berhad, beliau bertanggungjawab ke atas urusan perdagangan khususnya di dalam urusan dengan pelanggan dari luar negara, perkapalan serta penyediaan dokumen bagi memastikan setiap urusniaga dilaksanakan mengikut jadual dan tepat. Di atas pengalamannya yang luas di bidang perbankan, beliau juga telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan segala urusniaga syarikat dengan pihak bank khususnya dalam proses penyediaan dokumen seperti Surat Kredit “Letter of Credits (LC)” serta memastikan urusan kewangan dilaksanakan dengan licin. Beliau juga bertindak sebagai fasilitator untuk melatih pekerja di Johor dan Sri Lanka.

Di Morifa Resources, Encik Mustaquen bertanggungjawab ke atas memastikan operasi perniagaan berjalan lancar serta menguruskan urusniaga kewangan. Selain itu, beliau juga turut terlibat secara langsung dalam usaha memperkembangkan perniagaan Morifa Resources dengan mengenal-pasti potensi perniagaan yang wujud dalam pelbagai sektor. Di samping itu, beliau juga memberikan khidmat sokongan di dalam aktiviti pemasaran bagi memperluaskan perniagaan Morifa Resources.

Informasi Perniagaan

INFORMASI PERNIAGAAN

Nama Perniagaan                : Morifa Resources

No Pendaftaran Syarikat     : PG0261047-A

Tempat Ditubuhkan            : Pulau Pinang, Malaysia

Alamat Perniagaaan            : 41C Tingkat 2, Jalan Dagangan 3

                                             Pusat Bandar Bertam Perdana
                                             13200 Kepala Batas
                                             Pulau Pinang

Pejabat Cawangan              :  68 Cangkat Minden Jalan 1
                                              Minden Heights, 11700 Gelugor
                                              Pulau Pinang

Telefon                               : Pejabat Utama:    +604 5780010

                                                                        +604 5780011
                                             Cawangan:          +604 6551509

Faksimili                             : +604 5780012

Blog                                    : http://morifaresources.blogspot.com

E-Mail                                 : Sila guna borang yang disediakan.
KLIK DI SINI!


Bank                                   : Maybank Berhad
                                            345-H Bangunan Kelab Gelugor
                                            Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor
                                            11700 Pulau Pinang

Status Bumiputera              : 100% Milik Bumiputera
                                             (No.Sijil: BP2209363609806421)





LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN

No Sijil                                : K2209363609806421




KOD-KOD BIDANG 

 

Sijil-Sijil

SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN

SIJIL AKUAN SYARIKAT BUMIPUTERA

SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN

Projek Yang Telah Disiapkan

Berikut adalah projek-projek yang telah disiapkan.


Membina Rumah Serta Rak Bongkah Cendawan



Membina Makmal Pembenihan Cendawan



Membekal Laminar Flow Untuk Makmal Pembenihan Cendawan



Membekal Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Siap Matang



Membekal Mesin Serta Peralatan Industri Asas Tani



Hubungi Kami


Mesin & Peralatan

Kami membekalkan beraneka jenis mesin industri asas tani yang canggih serta mampu meningkatkan produktiviti pengusaha. Ini termasuklah mesin kegunaan bakeri dan juga mesin pemprosesan makanan hasil tani seperti mesin cendol, penggiling cabai, mesin pembuat dodol, keropok lekor, dan pelbagai jenis mesin lain yang berkaitan.


Bagi membantu pengusaha meringankan serta mempercepatkan kerja, kami juga membekalkan beraneka jenis mesin pertanian, perladangan dan penternakan. Mesin ini boleh dibeli siap atau ditempah khas mengikut kesesuaian penggunaan serta keperluannya. 


Antara mesin dan peralatan yang dibekalkan oleh pihak kami:


Mesin dan Peralatan Pemperosesan Makanan



 Mesin dan Peralatan Bakeri



 Mesin dan Peralatan Pertanian



Mesin Serta Kelengkapan Tanaman Cendawan
 




Untuk katalog mesin dan peralatan industri asas tani yang terperinci, sila "KLIK DISINI".


Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan sebutharga terkini.

Benih & Baja

BENIH


Kami membekal bongkah-bongkah cendawan tiram kelabu siap matang. Bongkah-bongkah yang dijual adalah dijamin bebas dari sebarang penyakit, miselium penuh dan berumur satu bulan ke atas selepas disuntik benih. Saiz ukuran beg bongkah adalah 6" x 13" dan berat adalah dari 800gm hingga 900gm.


BAJA


Kami adalah merupakan agen kepada baja organik "Dao Poo Daeng" dari Thailand dan perapi tanah zeolite dari Indonesia yang terbukti berkesan ke atas pelbagai tanaman.




Pembinaan Agro


Morifa Resources juga menawarkan kepakarannya di dalam pembinaan rumah cendawan, kandang kambing, makmal pembenihan cendawan, jalan ladang dan sebagainya. Ini termasuklah merekabentuk struktur pembangunan mengikut kesesuaian tapak.






Pembinaan Rumah Burung Walit termasuk Sistem Teknikal



Kami menyediakan perkhidmatan pembinaan rumah burung walit pada kos yang berpatutan termasuk kelengkapan serta sistem teknikal. Kami menyediakan pakej menarik bagi pengusaha burung walit pada harga kompetitif dan kelebihan rumah burung walit yang dibina oleh kami ianya boleh dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi lain dengan mudah.

Cenderamata



Morifa Resources memastikan produk yang ditawarkan adalah yang terbaik serta pada harga berpatutan. Morifa Resources membekalkan produk promosi serta cenderamata sediaada atau yang di tempah khusus. Produk Morifa Resources dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini di dalam bidang sulaman, percetakan 'silkscreen' dan 'laser marking'.



Antara produk yang ditawarkan:











Klik butang di bawah untuk katalog yang berkaitan.




Sila hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga terkini.

Lain-Lain